Thursday, July 14, 2011

selamat tinggal blog!

assalamualaikum.!
post nie bukan post biasa,tapi post yang akan mengubah hidup aku.
blog nie akan di-koma-kan atas sebab sebab yang aku sengaja cari.ngee.
tapi korang jangan panik sebab aku dah create blog baru!


so,SILA CLICK UNTUK FOLLOW!


korang sayang aku,korang follow aku n_n !

Friday, June 24, 2011

amanat abah

ishhh..kenapa tak boleh upload gamba nihh? sabar qila sabar.sebab kau dah lama sangat kat cc agaknya..(hhmmm..ye kot)..okey lahh,actually nak post pasal FATHER'S DAY.wei,dah berzaman dah pun father's day,kau baru nak post?


whatever..abah? apa maksud abah? ia samalah macam ayah,papa,bapak,daddy,walid and others..tapi korang tahu ke apa maksud sebenar benarnya abah?


abah merupakan orang yang membesarkan kita,memberikan nafkah kat kita,mendidik kita,(memarahi kita?),dan macam macam lagi yang berkait rapat dengan kita kan?here nak kongsi sikit pasal abah..


semalam abah call..
abah : kakak dapat berapa exam hari tuh?
kakak : emm,dapat 4 (dengan bangganya sebab baru mid-year lah katakan)
abah : apa yang empat tu?
kakak : bm(first time kot dapat b.m A untuk exam macam ni,sebab biasanya exam sebenar baru skor)
bi(ni lagi pelik sebab seumur hidup tak pernah lagi b.i aku dapat A)
pqs(stand for pendidikan alquran & assunnah,umi kata boleh jadii ustazah '_' )
and the last one,psi(stand for pendidikan syariah islamiah,pun boleh jadii ustazah)
abah : yang lain lain tu dapat apa?
kakak : erkk..ada jugak la yang fail.B ada satu je rasanya..
abah : fail??? apa nak jadi dengan awak ni?awak tahu tak u'r SPM just around the selekoh.awak ni tak sedar sedar lagi ke? leka dengan facebook,blog apekemenda lagi tuh?
kakak : (senyap tak kata apa...)
abah : awak tahu tak betapa besarnya harapan abah kat awak? awak tu akan jadi role model untuk adik adik.awak nak ke jadi contoh yang tak baik?
kakak : tak nak..
abah : so,belajarlah betul betul.usaha sekarang sama je ke,ke ada lebih sikit?
kakak : lebih sikit..
abah : abah tak nak lebih sikit.nak lebih banyak
kakak : oke,lebih banyak...i'll do my best
abah : that's all u need,my dear.abah tak nak awak menyesak nanti.ini untuk kebaikan awak,bukannya abah.promise me.
kakak : insyaALLAH.
abah : go back and study.
kakak :ok...thanks abah.salam.
abah : salam.


so,conclusion yang boleh diambil kat sini?ohh,fikirlah sendiri..malas nak ulas lebih lebih.nak bukak buku pulak.OFF.

addicted sudaa ; matlutfi



haha..pertama kali berterima kasih kepada tamrin kerana memperkenalkan aku dengan matlutfi yang comel ni.mungkin ada yang dah kenal.mungkin ada yang belum.kepada yang belum tuh,meh nak kenalkan.dia ni youtuber yang suka buat video yang ada mesej macam nilah.


memang banyak dah video yang best best dia buat.memang guling habis lahh aku tengok.agak agak kalau dia masuk maharaja lawak menang tak? ngeh,sepah menang<3


well,sebenarnya bukan matlutfi sorang je yang suka buat video video macam ni.ada gak sorang lagi,nama dia anuarhadi.hmm,best tapi aku lebih prefer matlutfi.kepada sesapa yang menyokong anuarhadi,boleh kawan ngan si mereng otak.


tadi berblog-walking,singgah menyinggah sana sini maka terjumpalah blog sorang laki ni.maybe korang dah kenal kot.aku baru je kenal sebab jarang nak baca blog laki tapi blog ni macam agak menarik minat aku,ayeem namanya.memula tu berhasrat la jugak nak jadi follower dia,sekali tu lepas terjah post post dia..hehe,takut pun ada jugak.sebab apa? biar aku sorang je yang tahu..ngee


dah pukul 12.30!so kena lahh stop dulu.nanti encik mdnoor husin meronda,habislah aku.


"aqila!mana baju asrama?"
"ermm..dah hilang rasanya.."


matilah aku kalau jawab macam tu  '___'






p/s; post mrs.bieber pasal 'aspiration authentic ; syarikat berkarier,usahawan berkaliber' tu RAWRR sangat.
       bytheway,you all memang pemenang di hati kitorang.congrats guys <3

























Friday, June 17, 2011

will i able to get married?

oke,macam yang dijanjikan.ni antara scene yang aku suka gilakk!




enjoy life :)

Friday, June 10, 2011

how great LOVE can be?

tengok ni,comel kann?

random post but i like the title,hah? last week ada extra class.bosan sangat so kitorang tengok citer korea.citer ni lama dah pun tapi sebab aku tak minat mana korea,so macam tak tergerak hati nak tengok.ni pun dorang dorang ni paksa.tajuk dia 1 liter of tears.betul ke 1 liter? sumpah aku cakap,bukan 1 liter malahan bergelen gelen lahh air mata,hingus and segala macam jenis air dah keluar dari rongga badan aku ni.sedih tahap tak ingat lahh.memang tak menyesak langsung aku tengok citer ni,muka sesekor macam orang mati anak.yuni jadi tukang citer,mekti nangis tanpa reaksi(statik,air mata je leleh,takut aku tengok),nurin yang duk nyenyak tuh bangun tumpang nangis,izhani ada lah jugak rupa cam tempe,faina lagi pelik(nangis then tido sebab ngantuk tahap gaban pastu bangun2 je terus nangis balik,kompius aku),diba aku suka sekali sebab air mata dia boleh aku tadah buat basuh baju sebulan.ngee..


citer ni di-adaptasi dari kisah benar tau.about a girl who suffer spinocerebellar degeneration (a terrible disease where the cerebellum of the brain gradually deteriorates to the point where the victim cannot walk, speak, write, or eat. A cruel disease, as it does not affect the mind in the least).sedih sangat.tak tau nak kata apa lahhh..

perempuan tu nama Aya,lelaki tu pulak Asoukun.asoukun tu comel sangat sebab intro watak dia extremely sedo tapi at the last dia banyak sangat nangis.so sweet kan? aya tu macam happy go lucky je,memang tabah gilak lahh.insaf kejap aku tengok.

guys,actually aku nak tulis banyak lagi tapi macam ada yang mengganggu.so,nanti lain post aku uploadkan video ek?

love,qila

Friday, May 6, 2011

do care yourself,girls!

oke oke,zaman globalisasi nihh macam macam boleh jadi,kan?
dunia pun dah makin ganas
bunuh rompak memang dah lali nak baca kat paper
tapi dalam banyak banyak jenayah
aku paling takut sekali ROGOL and GANGGUAN SEKSUAL
yelaa..orang perempuan mana atas bumi ni yang nak benda benda macam ni
atas sebab rasional and sama sama perempuan
and sebab kawan aku pernah kena
so aku nak bagi tips tips jaga diri

1. jangan jalan sensorang walaupun sekejap lagi lagi kat lorong lorong yang menakutkan.alaa,mesti korang      kenal lorong mana mana yang bahaya kat tempat korang.
2. kalau ada mana mana lelaki yang cuba untuk menghampiri korang,try untuk jauhkan diri.tak kiralah dia tu rapat macam mana pun sebab dia still LELAKI.
3. sentiasa tenang dalam apa jua situasi.tapi janganlah terover over nanti tak pasal pasal kena pulakk.try berfikiran rasional,jangan gelabah tak tentu pasal.

 4.kalau korang memang dah tercampak dalam situasi tu,jerit sekuat hati untuk tarik perhatian orang ramai.kalau dia tutup mulut korang,gigit jea!
5.serang kat tempat kelemahan dia macam cucuk mata dia ke,tumbuk hidung dia ke,tendang kaki dia ke,tendang kat tuttt dia ke,apa apa yang difikirkan sesuai lahh!


6. terus lari kat kawasan orang ramai yang macam agak crowded,tak kan dia nak buat jugak kat situ kan.

7.lastly,amalkan ayat kursi and selawat.insyaALLAH korang akan dilindungi.amin.



walaupun tadek laa bernas sangat tips aku nie tapi aku rasa bergunalah jugakk.
sekian saja dari qiela.babai!

Saturday, April 30, 2011

perkhidmatan dibekukan buat sementara waktu


ye..sememangnya kau bagus,Qila..homework bertimbun 
tapi satu hapak pun tak sentuh..
tak kira yang akaun lagi..dah nampak dah 
mata cikgu tini jeling jeling
agak agak nak update post lepas ni memang haram lahh
mid year exam seminggu je lagi..
encik buku pun dah memanggil manggil
EG kat sebelah pun dahh merepek repek apa entah
adoii..brain freeze lahh pak cik!
kejap laa..sikit je lagi nie..
 oke oke..dah kering idea
fullstop disini .